Monday, November 19, 2012

Teknik Nyanyian Meningkatkan Daya Ingatan Murid


Pendahuluan

Kajian ini merupakan satu inovasi yang dilakukan kearah mengkaji keberkesanan menggunakan kaedah nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk matapelajaran kajian tempatan. Kajian tempatan merupakan subjek yang membekalkan pengetahuan am kepada murid yang merangkumi hal-hal tempatan, ekonomi, geografi, dan juga sejarah. Matlamat matapelajaran ini diajarkan di sekolah adalah bertujuan melahirkan murid yang setia pada Negara, cinta akan tanah air, prihatin dan berbangga sebagai rakyat Malaysia yang harmonis, bersatu padu, demokratik, progresif dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan, (sukatan pelajaran Kajian Tempatan 2001).

Pembelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan dirancangkan untuk memberi pengalaman yang menyeronokkan, bermakna dan mencabar melalui penggunaan pelbagai kaedah pengajaran yang menghiburkan dan menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran yang disediakan oleh guru. Penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar seperti penggunaan audio, video, power point dan sebagainya membantu untuk menarik perhatian murid semasa proses pengajaran berlangsung. Guru yang bijak perlu mengenalpasti kaedah yang boleh meransang minat murid untuk menyukai matapelajaran sekolah rendah agar pembelajaran menjadi lebih berkesan, antaranya ialah menggunakan elemen lagu (nyanyian).
Menurut Hisyamuddin(2010), matlamat pendidikan kebangsaan yang digubal oleh Kementerian Pendidikan amat jelas. Walaubagaimanapun, ianya memerlukan usaha dan juga tumpuan yang tidak berbelah bagi daripada guru untuk merealisasikannya. Oleh yang demikian guru perlu bersedia mewujudkan perubahan bertujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru. Guru yang kreatif dan inovatif merupakan kriteria yang perlu ada pada guru untuk melaksanakan perubahan dari segi penyampaian, komunikasi, corak perlaksanaan, jenis aktiviti, dan lain-lain lagi.

Kamarul (2003), menyatakan proses penyediaan bahan bantu mengajar, seorang guru itu terpaksa menjalankan pelbagai kajian yang benar-benar bermanfaat kepada guru dan pelajar. Oleh yang demikian sebagai salah satu usaha yang untuk memastikan inovasi dalam pendidikan diteruskan selaras dengan teras utama matlamat pendidikan yang ingin memastikan murid dapat memahami dan juga mengingati hasil pengajaran dan pembelajaran serta menyediakan suasana pembelajaran yang menghiburkan, kajian ini dilakukan untuk menguji keberkesanan penggunaan teknik nyanyian dalam membantu para guru dan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Selain itu ia juga bertujuan meningkatkan prestasi pencapaian para murid dalam tajuk yang difokuskan.






1.1              Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Semasa saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kelas Tahun 5 Nilam untuk subjek Kajian Tempatan bagi tajuk Bentuk Muka Bumi di Malaysia, saya mendapati murid-murid menghadapi kesukaran untuk mengingati kepentingan-kepentingan bentuk muka bumi di Malaysia.

Mata pelajaran Kajian Tempatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), kebanyakan topik yang disampaikan merangkumi pengetahuan am mengenai kawasan-kawasan persekitaran mereka seperti arah mata angin, kedudukan negeri-negeri dalam peta Malaysia dan sebagainya. Kebanyakan tajuk yang diajar merupakan pendedahan baru kepada murid-murid mengenai perkara-perkara baru yang berkaitan di persekitaran mereka tanpa mereka sedari. Sebagai contoh, pengetahuan tentang arah mata angin dapat menentukan arah kiblat.

Dalam usaha membantu murid mengingati isi kepentingan Bentuk Muka Bumi, saya telah menggunakan cara penghubungkaitan di mana kepentingan-kepentingan yang terdapat dalam tajuk Bentuk Muka Bumi yang merangkumi Tanah Pamah, Tanah Tinggi, Saliran, Pantai dan Kepulauan dengan kehidupan seharian mereka. Saya juga menggunakan tayangan power point untuk menunjukkan gambaran sebenar kepada mereka. Kefahaman mereka telah diuji melalui latihan soalan dan kuiz. Keputusan pencapaian murid didapati perlu dipertingkatkan lagi. Kebanyakan mereka tidak dapat mengingati kepentingan-kepentingan kawasan tersebut.

Daya ingatan (kognitif) hanya dapat diterokai dan dikuasai apabila individu tersebut menunjukkan minat terhadap sesuatu perkara. Ini disokong oleh pendapat Erikson (1963), lupaan merupakan satu motif di mana maklumat tertentu sengaja dilupai kerana dianggap tidak penting, kurang seronok atau tidak berguna berdasarkan kesedaran mental seseorang. Semua manusia mengalami fenomena yang dikatakan lupa termasuklah orang dewasa.

Tindak balas murid-murid ini berkaitan dengan kenyataan William James, (Yusof Boon 2000) bahawa terdapat dua jenis ingatan yang dialami oleh manusia iaitu ingatan jangka masa pendek dan ingatan jangka masa panjang. Melalui hasil penilaian tersebut, murid-murid hanya menguasai ingatan jangka pendek yang menyimpan maklumat dalam masa beberapa saat sahaja dan tidak menyimpan maklumat yang diterima dalam jangka masa yang lama iaitu ingatan jangka masa panjang.

Definisi ingatan jangka pendek ialah Ingatan ini melibatkan penyimpanan bahan di dalam ingatan untuk beberapa saat atau minit sahaja dan jarang sekali lebih daripada itu. Jika anda diberitahu nama yang anda tidak kenali, anda akan ingat nama tersebut buat beberapa saat dan apabila tumpuan tidak diberikan kepadanya, ia akan hilang, (Bulgeslki 1979). Keadan ini berlaku kepada murid apabila diberitahu kepentingan bentuk muka bumi, mereka akan melupainya sebaik sahaja pengajaran berakhir kerana pengetahuan baru yang diterima tidak berkaitan dengan persekitaran mereka sendiri.

Jadual 1.1 : Tanggapan Murid Terhadap Matapelajaran Kajian Tempatan

Tanggapan %
Ya
Tidak
Jumlah
Matapelajaran Kajian tempatan penting kepada kamu.
40%
60%
100%
Kajian Tempatan sama penting dengan matapelajaran sains, matematik, bahasa inggeris dan bahasa melayu.
20%
80%
100%
Adakah matapelajaran Kajian Tempatan merupakan matapelajaran yang kamu minati?
36%
64%
100%
Banyak yang perlu diingati
72%
28%
100%
Sukar diingati
64%
36%
100%

Melalui temubual dan soal selidik (Rujuk Lampiran G) yang telah saya edarkan kepada 25 orang murid Tahun 5 Nilam, saya dapati murid-murid tidak berminat dengan matapelajaran Kajian Tempatan. Kebanyakan mereka beranggapan bahawa matapelajaran ini tidak penting kerana matapelajaran ini merupakan subjek elektif yang tidak termasuk dalam subjek peperiksaan. Melaui temubual yang dijalankan juga, kebanyakan mereka menyatakan bahawa ibu bapa mereka lebih mementingkan mereka menguasai subjek-subjek yang penting dan dianggap sukar seperti sains, matematik, dan bahasa inggeris.

Jadual 1.1 menunjukkan 60 peratus daripada mereka menyatakan bahawa matapelajaran Kajian Tempatan tidak penting dan 64 peratus menyatakan mereka tidak meminati Kajian Tempatan. Persepsi awal mereka terhadap subjek Kajian Tempatan sendiri telah menunjukkan bahawa mereka tidak mengambil serius dan berminat terhadap subjek Kajian Tempatan. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada penerimaan mereka terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru kepada mereka seperti bosan, mudah lupa, dan hilang minat untuk mengingati isi-isi pelajaran.

Tajuk Bentuk Muka Bumi memerlukan guru meransang minat murid dan membawa mereka mengenali Negara Malaysia dengan lebih jauh lagi. Apabila murid mula didedahkan dengan sesuatu yang baru, mereka juga perlu mengingati isi pengajaran yang diberikan kepada mereka. Melalui pemerhatian yang telah saya jalankan, dibantu oleh guru pelatih yang lain semasa saya mengajar, murid menunjukkan sikap kurang berminat dengan melakukan aktiviti sendiri seperti bercakap dengan rakan sebelah, menundukkan kepala, memandang ke luar kelas dan sebagainya. Walaupun saya telah mengambil tindakan dengan menegur tingkahlaku tersebut, mereka hanya memberi tumpuan sekejap sahaja dan kemudian kelakuan yang sama diulangi.

Perkara yang tidak diminati oleh murid akan mudah dilupai oleh mereka kerana mereka tidak memberi penumpuan 100 peratus semasa guru mengajar. Keadaan ini boleh menyebabkan mereka mudah lupa terhadap penyampaian guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bertepatan dengan penyataan oleh Abu Zahari (1987), minat memainkan peranan yang penting dalam kejayaan sesuatu pembelajaran dan minat dapat mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar itu sendiri. Seseorang yang berminat dalam perkara yang dipelajari lazimnya akan menunjukkan pecapaian yang tinggi.

Dalam kalangan murid, meneka jawapan adalah amalan biasa sekiranya mereka tidak dapat mengingati apa yang telah diajarkan oleh guru. Melalui pengalaman saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran tajuk bentuk muka bumi, mereka keliru dengan kepentingan-kepentingan kawasan tanah tinggi, tanah pamah, saliran dan pantai. Oleh itu guru harus mencari jalan penyelesaian untuk membantu murid mengingati kepentingan tersebut dan meningkatkan prestasi pencapaian mereka. Oleh itu kajian ini bertujuan membuktikan bahawa daya ingatan mereka dapat ditingkatkan melalui kaedah nyanyian.








1.2       Tinjauan Literatur
1.2.1      Kecerdasan Pelbagai
Kanak-kanak belajar dalam pelbagai cara. Baru-baru ini, definisi baru kecerdasan  telah diterima dan meningkatkan penilaian kompetensi manusia secara dramatik. Howard Gardner, seorang ahli psikologi Universiti Harvard, membawa  teori kecerdasan pelbagai. Beliau menyatakan bahawa setiap orang mempunyai sembilan kecerdasan yang berbeza yang berkaitan  tetapi wujud dengan kekuatan yang berbeza pada individu yang berbeza. Jika kita boleh membangunkan cara-cara untuk mengajar dan belajar dengan melibatkan ketuju-tujuh  kecerdasan, kita akan meningkatkan kemungkinan untuk kejayaan pelajar. Tujuh kecerdasan tersebut ialah verbal-lingguistik, logik matematik, naturalis, intrapersonal, interpersonal, kinestetik dan akhir sekali ialah muzik.

1.2.2      Kecerdasan Muzik
Kecerdasan muzik ialah kecerdasan yang peka kepada bunyi bukan verbal dalam persekitaran termasuk melodi dan nada. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai kebolehan untuk mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah. Individu ini gemar mendengar, menyanyi, bermain muzik, mencipta lagu serta boleh mengingat muzik yang berlainan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).
Kajian yang dilakukan oleh pakar psikologi Dr. Frances Rauscher (1994) dari Universiti Wisconsin telah membuktikan bahawa muzik boleh meransangkan fungsi otak yang diperlukan dalam pembelajaran. Kajian Rausher et al (1994) dalam catatan Denie (2000) juga membuktikan bahawa kanak-kanak yang didedahkan kepada muzik pada awal umur mereka, mereka mempunyai perkembangan sosial, mental dan fizikal yang lebih matang. Selain itu Dr Georgi Lozanov mengatakan muzik dapat menguatkan daya ingatan dan memudahkan pembelajaran sekiranya digunakan dengan baik (Radin, 2003). 

1.2.3      Pancaindera
Penggunaan muzik dan nyanyian dalam proses pengajaran meransang pancaindera komunikasi murid seperti pancaindera pendengaran. Ransangan terhadap pancaindera murid mempengaruhi keberkesanan pembelajaran murid. Ini disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Gould-Marks di dalam buku Zarul Akhmar (1993) yang membuktikan bahawa apabila pancaindera digunakan dengan bijak peratus pemahaman adalah sebanyak 30 peratus dan peratus ingatan ialah 40 peratus. Kesimpulannya penggunaan kaedah nyanyian meransang pancaindera murid dan dapat meningkatkan pencapaian murid.


1.2.4      Ransangan Muzik
Murid-murid lebih biasa dengan muzik berbanding dengan buku. Menurut Alex Zukas, seorang guru di Amerika Syarikat, beliau terfikir untuk mempelbagaikan kaedah pengajarannya untuk menarik minat murid beliau. Antara kaedah yang digunakan ialah kaedah nyanyian dengan menukar lirik lagu sedia ada kepada lirik yang mengandungi isi pembelajaran dan memilih lagu yang mendapat sambutan pada ketika itu. Menurut beliau lagi di dalam Jurnal tulisan beliau “Using Music to Teach History” murid memberi reaksi yang amat berbeza berbanding sebelumnya. Murid lebih gembira dan menyertai aktiviti pengajaran sepenuhnya.

Wikepedia bebas menyatakan bahawa muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan cita rasa seseorang. Definisi sebenar muzik juga berbeza:
·         Bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnya
·         Apa-apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang  atau kumpulan



Walaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi, untuk mencipta, memperbaiki dan mempersembahkannya adalah suatu seni. Mendengar muzik pula adalah sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang disiplin.

Muzik bukan sahaja digemari oleh golongan remaja dan dewasa. Bayi dan kanak-kanak juga amat senang dan tenang dengan muzik apabila muzik yang digemari dipasang semasa mereka hendak tidur atau dalam kereta ketika dalam perjalanan untuk menuju ke sesuatu destinasi. Anak-anak selalunya akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap pelbagai jenis bunyi muzik. Faktor ini bergantung kepada tahap umur, keadaan dan ´mood´ mereka pada waktu itu. Kenyataan ini disokong oleh Elena Mannes dalam penulisan beliau The Power of Music yang menyatakan bahawa para saintis telah mendapati bahawa muzik meransang bahagian otak lebih daripada fungsi manusia lain. Itulah sebabnya mengapa beliau melihat begitu banyak potensi dalam meransang otak manusia melaui muzik.

Penggunaan muzik tidak hanya dihadkan kepada satu jenis muzik sahaja, sebaliknya biar mereka mendengar pelbagai bentuk muzik yang ada. Selain itu, muzik yang didengari oleh anak-anak juga membantu mereka menghafal dan menajamkan fikiran (Wikepedia) Sebagai contoh, nama para Nabi dan Rasul yang dinyanyikan amat mudah diingati oleh kanak-kanak berbanding sekiranya kita menyuruh mereka menghafal kesemua nama itu tanpa ada irama dan muzik. Hal ini dibuktikan oleh para penyelidik University of North Texas pada tahun 1982 yang mendapati bahawa muzik membantu pelajar pasca siswazah menghafal kosakata, (Laurence O’Donnell 1999).

Dalam kajian Sofian dan Osman (2008), Herman (1991) menyatakan bahawa intergrasi muzik dengan matapelajaran lain akan melengkapkan perkembangan otak kiri dan kanan. Hal ini jelas menyatakan bahawa penggunaan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif murid-murid. Melalui kaedah nyanyian yang digunakan ini juga murid bukan sahaja berhibur tetapi juga turut menerima maklumat yang ingin disampaikan oleh guru. kenyataan ini disokong oleh Laurence O’Donnel (1999) yang menyatakan bahawa maklumat yang diterima mengaktifkan otak kiri manakala muzik mengaktifkan otak kanan, aktiviti yang melibatkan kedua-dua belah otak seperti nyanyian menyebabkan otak menjadi lebih afektif dalam memproses maklumat.

1.2.5      Keupayaan Ingatan Jangka Masa Pendek dan Jangka Masa Panjang
Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari, dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindakbalas dalam situasi yang diperlukan, seperti menyelesaikan masalah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya. Mengikut Atan Long (1968), ingatan boleh diertikan sebagai kebolehan seseorang dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan sebagai maklumat dan pengalaman untuk disimpan dalam otaknya. Fein (1978) mentafsirkan ingatan sebagai pemerosesan maklumat yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya. Manakala Vermon (1980) berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan maklumat-maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman pada masa depan.

Erikson (1963) membahagikan teori lupaan terbahagi kepada tiga jenis iaitu lupaan keusangan, lupaan gangguan dan lupaan desakan. Lupaan keusangan ini merupakan maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang tidak digunakan atau diaktifkan dalam tempoh yang agak lama. Misalnya, peristiwa sejarah yang dipelajari semasa dibangku sekolah telah dilupai selepas meninggalkan sekolah beberapa tahun kemudian.

Lupaan gangguan pula berlaku apabila maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang adalah diganggu oleh maklumat baru, khasnya maklumat yang berkaitan tetapi fakta yang berlainan, dan perbezaan tempoh masa pembelajaran yang berlaku di antara mereka adalah singkat. Lupaan desakan pula ialah berkaitan rapat dengan emosi dan motivasi seseorang, iaitu menyebabkannya secara tidak sedar melupakan maklumat-maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang. Misalnya seseorang pelajar melupai maklumat-maklumat yang diterimanya semasa peperiksaan kerana menghadapi desakan emosinya.

1.2.6      Aspek Kognitif Dalam Pembelajaran
Aspek kognitif adalah kemampuan intelektual murid dalam berfikir, mengetahui dan memecahkan masalah. Kecerdasan kognitif berhubungan dengan kemampuan berfikir, termasuk didalamnya kemampuan menghafal, memahami, mengaplikasi, menganalisis, mensintesis, dan kemampuan mengevaluasi.  Oleh itu aspek kognitif merupakan aspek yang perlu dititikberatkan oleh guru dalam pengajaran. Setiap aras mempengaruhi objektif yang ingin dicapai oleh guru.

Aras pengetahuan melibatkan hafalan dan ingatan (knowledge) adalah kemampuan seseorang untuk mengingat-ingat kembali (recall) atau mengenali kembali tentang nama, istilah, idea, rumus-rumus, dan sebagainya,. Pengetahuan atau ingatan adalah merupakan proses berfikir yang paling rendah. Untuk meningkatkan domain kogntif di kalangan murid dengan lebih berkesan makanya domain affektif perlu diambil kira bersama. Domain afektif atau intelektual adalah mengenai sikap, minat, emosi, nilai hidup murid. Selaras dengan penyataan muzik dapat menarik minat dan membantu manusia menyimpan dan mengingat kembali maklumat dalam bentuk memori,( Sara 2009)
Oleh yang demikian pemilihan teknik nyanyian selaras dengan matlamat Taksonomi Cogaff ( Domain Kognitif dan Affektif ) yang memberatkan kedua-dua domain kognitif dan afektif dalam penjanaan kemahiran berfikir. Usaha ini dipelopori dan dibincangkan oleh Ghazali Mustapha (1998) dalam kajian Kedoktorannya yang bertajuk ‘The use of Questions and Tasks in the Teaching of Critical Thinking Skills In Malaysia”.

Norlida Ahmad (2005), murid akan didorong untuk belajar dengan lebih berkesan dan bermanfaat melalui lagu. Hal ini jelas menunjukkan penggunaan muzik dan kaedah nyanyian mampu merangsang minat murid dan sekaligus meningkatkan daya ingatan mereka sekiranya murid mula memberi tindak balas yang positif dan penumpuan penuh semasa proses pengajaran dijalankan di dalam kelas. 

nak lagi? maksudnye full contact ok... sebab payah nak masuk sume dalam ni

34 comments:

Anonymous said...

Salam...blh x nk full content tesis ni?emelkn kt inuyasha_ny90@yahoo.com

mai idayu said...

kajian yang menarik...
bole share??
maidayu87@gmail.com

thank you =)

bdaktecik!! said...

saya nak full contact... email bdakfiqa@gmail.com

Anonymous said...

BAGUS...mohon kebenaran menyedut kandungan tesis ini.. ^,^

Anonymous said...

assalamualaikum..boleh share kandungan kajian nie dgn sy? cik.skyblue@gmail.com

alang eppy said...

Assalamualaikum... menarik.. boleh kongsi tak? :).

kazen_noflyzone@yahoo.com

rm zulfadli said...

assalam...blh x nk full content? kbtln thesis saya mneggunakan teknik nyanyian. emailkan kt rmzulfadli@gmail.com time kaseh..:)

Anonymous said...

hai boleh ke nk mntak full content...kalau boleh dekat email..
cutie_63@yahoo.com

Anonymous said...

terima kasih....
cutie_63@yahoo.com...

mOhd ziQRuL fHahmie b dERaman said...

alang eppy pun ada?

share ko kawe jugak deh

*tqvm

fhahmie@gmail.com

bdaktecik!! said...

boleh share full tesis nie?? plezz.. urgent..

bdaktecik!! said...

boleh share full tesis nie?? plezz.. urgent..
bdakfiqa@gmail.com

uDanGTerBakAr said...

salam .. boleh sy mintk sebagai rujukan ,,,, kajian ini sgt menrik mnt sy ,,,
email. syafiq_chelsea90@yahoo.com

uDanGTerBakAr said...

thank u ... kerjsama anda amat sy hargai

ellee fatal said...

sya dah antar pada yg bagi email.. maaf lambat... tapi itu la yg saya leh bg anda semua maaf ye semoga berjaya

wani nawi said...

mohon share...sgt membantu buat rujukan... waninawi@yahoo.com

Anonymous said...

salam..boleh saya dapatkan full content thesis ni..sbb dia sgt menarik minat dan mungkin sangat membantu saya jgk..abbyhalim_bomba@yahoo.com
time kaseh..

Anonymous said...

salam. boleh cik share dengan saya full content thesis ni untuk dibuat bahan rujukan. terima kasih :)

heNme_aNa90@yahoo.com

ellee fatal said...

maaf la saya baru buke fb saye.. saye berada kat sekolah pedalaman sekarang ni... so saye tak bawak balik lak laptop.. bahan semua dalam laptop.. kalau dapat, pas raye baru leh anta.. tok mudah, sila bagi msg kat facebook saya "ellee fatal" gambar kartun kuning... so sye leh kasi kat situ je t..

ellee fatal said...

silap, baru buke blog...

fieza pinky said...

slm

jika tidak keberatan boleh share kn dgn sy full thesis ni?

fiezapinkyz@gmail.com

tq saudari

fieza pinky said...

slm

jika tidak keberatan boleh share kn dgn sy full thesis ni?

fiezapinkyz@gmail.com

tq saudari

Mohd Nazrul Shahmi said...

salam..bleh x anta full..anta kat emel yoe_badboy23@yahoo.com..thank u..jasa anda amat dihargai..

Anonymous said...

salam...boleh x mintak full content utk tesis ni..untuk buat rujukan. emel ibnuyuss@gmail.com TQ

Xstercy Lyemburn said...
This comment has been removed by the author.
Xstercy Lyemburn said...

can i have the full thesis? Thank you in advance :) xstercylyemburn@gmailcom

Anonymous said...

salam, aya nak full content bpleh x? email saya syatrie_91@yahoo.com..syukran

Jp Sia said...

Salam, bolehkah nak full content tesis ini? Bolehkah emelkan kat lovejp0309@gmail.com

albert said...

sorry...and selamat hari raya...i think your tesis is interesting may ia have full version pls... thanks you... emai - kidsoflight@hotmail.com

Mia zarra said...

salam boleh tak saya nak full content thesis ni?urgent... boleh emelkan pd saya di miasarasofea@gmail.com

Miss.Feffah Kuilin said...

perkongsian yg sngat membantu....kalau anda sudi kongsi lebih lagi...ni email saya..TQ ^^
feffahkuilin@yahoo.com

Anonymous said...

kajian yg sangat membantu, minta nurah hati sharekan full content, email: tiewhoung@gmail.com, ribuan terima kasih

Anonymous said...

murah hati utk sharekan, thanks...

shahanim said...

kajina yang sangat menarik..mohon share email saya miabeecha@yahoo.com..tq hanya Allah yang dapat membalas kebaikan anda...