Saturday, March 26, 2011

Ciri-ciri soalan aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian


Aras pengetahuan, kefahaman,aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian ialah domain kognitif yang dinyatakan oleh Taksonomi Bloom. Aras ini merupakan rujukan asas yang perlu diketahui oleh penggubal soalan sebelum membina soalan untuk pelajar.

Ciri soalan aras pengetahuan ialah kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi, fakta-fakta, , pola, urutan, metodologi, prinsip dasar,hukum, dan sebagainya. Aras pengetahuan ini menguji kebolehan calon untuk mengingati fakta yang telah dipelajari. Secara amnya melalui soalan aras pengetahuan, penggubal dapat menilai sejauh mana pelajar menyimpan data dan fakta didalam stor ingatan jangka panjangnya. Soalan aras ini boleh digunakan setiap kali selesai proses pengajaran bagi menguji sejauh mana keberkesanan fakta yang disampaikan oleh guru semasa pengajaran. Antara contoh permulaan soalan ialah labelkan, senaraikan, nyatkan ,manakah, apakah, bilakah, siapakah dan bilakah. Contohnya bilakah tarikh kemerdekaan Negara Malaysia?. Aras pengetahuan boleh diuji secara lisan oleh guru dan pelajar boleh menjawab soalan aras pengetahuan secara spontan tanpa memerlukan kemahiran berfikir.

Ciri soalan aras kefahaman pula ialah memerlukan calaon memahami fakta dan konsep. Aras ini memerlukan calon memahami setiap yang dipelajari sebelum menjawab soalan aras ini. Aras ini ,menkehendakkan calaon menggunakan ilustarasi dalam bahasa sendiri. Melalui aras kefahaman guru mudah mengenal pasti sama ada pelajar memahami konsep pelajaran yang dipelajari. Contoh kate kerja bagi soalan ini ialah terangkan, jelaskan, huraikan, tukarkan, dan mengapakah. Contoh terangkan sebab mengapa berlakunya hakisan di tebing sungai?. Aras ini memerlukan pelajar recite kembali apa yang dipelajari dan mengaitkan dengan keadaan yang sebenar.

Ciri soalan aras aplikasi ialah memerlukan calon menyelesaikan masalah‘non-routine’ atau masalah baru. Ciri soalan ini lebih kepada adalah ‘problem-solving’. Masalah diselesaikan dengan cara calon sendiri dengan mengemukakan idea tersendiri menggunakan gabungan teori, pengalaman dan pelbagai kaedah bagi menyelesaikan masalah yang mempunyai unsur persamaan. Aras ini memerlukan pelajar menggunakan kemahiran berfikir dan cuba memahami masalah seterusnya mengaitkannya dengan pengalaman sedia ada pelajar, seterusnya pelajar cube menyelesaikannya dengan pendapatnya tersendiri. Contoh kata kerja ialah selesaikan, binakan, Carikan, Tunjukkan, Kirakan, Demonstrasikan, susunkan,dan Gunakan . contoh soalan yang boleh dibina ialah pada pendapat anda, sekiranya anda menjadi raja Melaka, apakah yang bakal anda lakukan untuk memajukan kawasan perlabuhan negeri Melaka?

Ciri soalan aras analisis memerlukan calaon memecah, mencerakindan mengupas fakta untuk mengkaji unsur-unsur secara mendalam termasuklah membandingkan dan membezakan fakta dan maklumat yan g diperolehi. Aras ini menguji kebolehan pelajar mengenalpasti isi tersirat dan tersurat sesuatu fakta yang telahg dipelajarinya. Contoh kata kerja bagi soalan ini ialah bandingkan, Bezakan, Buktikan, Beri sebab, Buat analisis, Cerakinkan, Tafsirkan. Contoh soalannya ialah berikan kesan kepada kepada udara apabila kenderaan bermotor bertambah di dunia.

Ciri aras soalan sintesis ialah memerlukan calon merancang, mereka/mencipta dan menghasilkan sesuatu hasil yang kreatif hasil dari penggabungan pelbagai unsur. Ini termasuk penghasilan sesuatu rancangan, rumusan, kaedah/prosedur, atau cadangan. Calon perlu mengapliksikan apa yang dipelajari bagi memperolehi hasil yang baru. Contoh kate kerja bagi soalan ini ialah bina, hasilkan, susunkan, susun, kembangkan. Contoh soalan, antara aktiviti berikut yang manakah yang menyebabkan hujan asid?. Melalui soalan ini calon perlu mensintesiskan sesuatu fakta bagi memperolehi maklumat baru.

Ciri soalan aras penilaian pula ialah menkehendakkan calon menilai sesuatu, membuat pertimbangan atau justifikasi untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu kesimpulan. Calon perlu melihat fakta dari aspek ‘pro dan cons’ semasa membuat penilaian. Pelajar boleh diberi soalan tentang kebaikan dan keburukan televisyen. Pelajar akan menilai sendiri kebaikan dan keburukannya melalui pengalaman sedia ada dan pengetahuan yang diterimanya. Melalui soalan aras ini, ia mampu menggalakkan pelajar menilai dan memproses data yang diterima.contoh kata kerja bagi soalan aras ini ialah bincangkan, Nilaikan, Beri pendapat, Beri justifikasi, Pertimbangkan, dll. Contoh soalan ialah bincangkan bagaimana cara kita mengurangkan masalah sampah yang semakin bertambah di kawasan sekolah kita?

Kesimpulannya setiap ciri-ciri aras soalan tersebut, mempunyai tahap pengujian kemampuan yang pelajar yang berbeza. Oleh itu, guru perlu menitikberatkan aras ini dalam menggubal soalan agar objektif dan penilaian guru tercapai dan dapat menganalisa kelemahan pelajar dan memperbaiki kaedah pengajaran dan menetukan latihan yang sesuai bagi pelajar.

No comments: