Tuesday, January 18, 2011

konsep pengukuran, pengujian, penilaian dan pentaksiran

meow.....meow...

Secara umumnya pengukuran,pengujian,penilaian dan pentaksiran digunakan untuk menentukan tindakan susulan yang harus dilakukan oleh pihak tertentu untuk penambahbaikan dalam aspek kaedah, pendekatan yang digunakan, teknik dan starategi yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Walaubagaimanapun pengukuran,pengujian, penilaian dan pentaksiran mempunyai konsep yang berbeza dan setiap daripadanya mempunyai hasil yang berlainan dalam membantu proses pentaksiran dijalankan secara keseluruhannya. Oleh yang demikian perbezaan konsep pengukuran, pengujian, penilaian dan pentaksiran ialah:

Pengukuran ialah proses nilai-nilai kuantitatif seperti peringkat dan kedudukan. Biasanya pengukuran ini diukur dengan mewakilkan sesuatu indek berbentuk angka kepada prestasi individu contoh peratus yang diperolehi dalam peperiksaan. Kita hanya mengukur dengan angka tetapi kita tidak menyatakan prestasi pelajar itu baik ataupun sebaliknya.

Pengujian pula, menurut Robert Mills Gagne, pengujian ialah satu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkahlaku individu. Pengukuran ini merupakan suatu proses bagi guru untuk menentukan perubahan dan membuat pertimbangan nilai.Melalui pengujian, kita mudah untuk mengetahui tentang pencapaian objek,kaedah mengajar dan keberkesanan sesebuah kkurikulum.

Penilaian ialah gabungan antara pengujian dan pengukuran. Menurut D.stafflebeam, penilaian merupakan proses menentukan, mendapatkan maklumat dan member maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap bersistem semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang ditetapkan itu telah tercapai.

Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dan aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu pro­ses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malay­sia, 2000). Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sari dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

Kesimpulannya pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan yang dijalankan oleh guru di bilik darjah membantu guru dalam mempertingkatkan pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu guru dalam memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar.

No comments: