Wednesday, January 19, 2011

Jenis-Jenis Ujian

Ujian merupakan satu cara untuk menguji pencapaian,prestasi dan keupayaan murid terdapat lapan jenis ujian yang perlu diketahui:

Ujian rujukan Norma

Ujian rujukan Norma pada pendapat saya lebih bersifat sumatif dan relatif. Ujian ini lebih luas dan biasanya digubal di peringkat kebangsaan oleh badan tertentu seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) atau Majlis Peperiksaan Malaysia(MPM). Dalam erti kata lain Ujian Rujukan Norma ini adalah selaras untuk seluruh pelajar di Malaysia dan secara tidak langsung melalui Ujian Rujukan Norma, kerajaan dapat membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar lain dalam Malaysia.

Melalui ujian ini pelajar selalunya menetukan nasib mereka untuk masuk ke sekolah berasrama penuh,university, dan sebagainya. Contoh ujian rujukan Norma ialah Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ujian Rujukan Kriteria

Ujian Rujukan Kriteria ialah untuk menguji pencapaian pencapaian pelajar dengan kriteria tertentu, seperti kemahiran dalam sesuatu tajuk dalam bidang matapelajaran yang dipelajari. Contohnya dalam subjek matematik kemahiran seorang pelajar menyelesaikan masalah pecahan.

Ujian ini tidak sama seperti Ujian Rujukan Norma. Ujian ini diuji selepas beberapa tajuk diajarkan kepada pelajar. Contohnya Ujian Bulanan yang diadakan sendiri oleh guru. Ini kerana Ujian Rujukan Kriteria digubal sendiri oleh guru matapelajaran tanpa pengawasan dari guru panitia sebaliknya terpulang kepada guru untuk menguji criteria kemahiran pelajarnya. Ujian Rujukan Kriteria juga member kelebihan kepada guru untuk mengesan kelamahan pelajar dan memperbaiki kemahiran pengajaran semasa proses P&P dijalankan.

Ujian Pencapaian

Ujian Pencapaian dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar bagi tajuk-tajuk yang diuji. Ujian ini adalah untuk mengukur sejauh mana pelajar dapat menguasai Sesutu kursus yang telah diajar meliputi pengetahuan,kefahaman dan aplikasi. Terdapat dua jenis Ujian pencapaian iaitu Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria.

Ujian Kecerdasan

Ujian kecerdasan juga dikenali sebagai ujian mental. Ujian ini mengukur kecerdasan mental seseorang atau perbezaan antara individu. Ujian ini adalah dinamik kerana ia sentiasa berubah mengikut perkembangan ilmu psikologi. Melalui ujian kecerdasan kita dapat mengukur ketajaman deria,gambaran mental dan pencapaian intelektual antara pelajar genius. Contoh bagi ujian kecerdasan ialah Ujian skala Stanford Binet.

Ujian Prestasi

Ujian ini mengukur keupayaan atau kecekapan murid sebagai ukuran tambahan di sekolah. Contohnya penglibatan murid dalam Ko-kurikulum sekolah. Selain daripada itu ujian ini juga melihat bagaimana pelajar memanipulasikan alatan yang konkrit seperti penggunaan gambar dan radas dalam kata erti kata lain mementingkan kemahiran pengendalian alatan oleh pelajar. Ujian ini tidak bertumpu kepada aspek bahasa dan ujian kertas pensel.

Dalam pendidikan Jasmani contohnya pelajar diuji keupayaan mereka dalam teknik menggunakan alatan Pendidikan Jasmani yang pelbagai dan salah satu daripadanya ialah teknik pass baton yang betul. Kemudian senarai semak diberikan kepada pelajar dan pelajar sendiri boleh menilai prestasi mereka sendiri. Guru selalunya bertindak sebagai pemerhati dan pembimbing sahaja dan ujian ini dinilai berdasarkan pemerhatian oleh guru kepada pelajar.

Ujian Diagnostik

Ujian Diagnostik ialah ujian secara langsung oleh guru semasa proses P&P berjalan. Ujian ini tidak melibatkan gred dan skor sebaliknya hanya ingin melihat kesediaan pelajar untuk memulakan pelajaran yang seterusnya. Sekiranya pelajar tidak member respond dan tidak dapat menjawab soalan daripada guru maka penyampaian guru pada hari itu mungkin tidak berkesan makan guru perlu melakukan penambahbaikan dalam pengajaran dan secara amnya pelajar tidak bersedia untuk memasuki fasa pembelajaran yang seterusnya.

Ujian Personaliti

Ujian Personaliti digunakan untuk mengukur personality pelajar seperti sikap, pendirian,nilai, minat dan motivasi. Dalam kata lainnya ujian ini penting untuk menguji kecerdasan emosi (E Q) yang mana amat penting dalam kehidupan kerana kajian mendapati bahawa penekanan tentang unsur-unsur yang ada kena mengena dengan EQ akan membolehkan seseorang menyusun kehidupan berdasarkan matlamat dan prinsip yang dibina. Kajian juga melihat bagaimana kaitan positif antara EQ dengan sifat kepimpinan, pencapaian secara kumpulan, pencapaian individu, perhubungan sosial, perubahan dalam pengurusan dan sebagainya. Ujian Personaliti ini diukur melalui alat-alat psikologi yang berbentuk ujian, inventori indicator atau indeks.

Ujian Bakat

Ujian bakat ialah untuk mengesan kebolehan istimewa yang dimiliki oleh pelajar samada dalam sukan, dalam persembahan,dalam kurikulum dan sebagainya. Ujian bakat dibahagikan kepada dua iaitu ujian berasaskan bakat besar-besaran dan ujian berasaskan keperluan tertentu.

Ujian bakat diguanakan untuk memilih calon yang sesuai untuk bidang yang ditawarkan. Selalunya ujian ini diadakan melalui kaedah temuduga diamana calon disoal belbagai soalan dan melihat potensi calon. Selalunya ujian ini digunakan untuk menempatkan pelajar dan pengkhususan pelajar dalam bidang tertentu.

No comments: