Thursday, May 6, 2010

KONSEP PERGERAKAN BADAN

Mengkaji sifat-sifat dan cirri-ciri pergerakan badan sememangnya sangat menguntungkan bagi sesseorang individu. Kita perlu memahami pergerakan yang dilakukan oleh tubuh badan kita sebelum menggunakannya dengan maksimum dalam sesebuah pertandingan. Contohnya pergerakan tangan semasa membuat servis rendah ada kaitanya dengan tulang, sendi dan juga otot. Jadi pengetahuan tentang ketiga-tiga sistem ini sangatlah penting bagi menghasilkan pergerakan yang cantik dan selamat.

Kewujudan tulang semata- mata tidak dapat menghasilkan pergerakan. Otot berperanan melakukan pergerakan yang membolehkan manusia berjalan, berlari dan mendaki bukit dan sebagainya. Dalam kata lain, otot- otot dan tulang- tulang dalam tubuh saling bertindak atau bekerjasama dalam melakukan sesuatu pergerakan. Bagi otot biseps, originnya ialah skapula dan insertionnya ialah radius. Otot biseps ini befungsi untuk pergerakan fleksi lengan bawah. Lekatan proksimal otot triseps terletak di skapula dan lekatan distalnya terletak di ulna. Otot triseps memainkan peranan untuk pergerakan ekstensi lengan bawah. Untuk pronator teres, otot masuk ke tulang humerus dan keluar dari tulang pemulas. Otot pronator teres bertanggungjawab untuk pergerakan pronasi dan fleksi lengan bawah. Otot pada bahu juga terlibat dalam pergerakan membuat servis rendah badminton. Otot utama bahu dikenali sebagai deltoid. Originnya ialah klavikle dan skapula manakala insertionnya ialah humerus. Klavikel dan skapula dihubungkan ke tulang humerus melalui sendi lesung yang membenarkan pergerakan dalam semua satah. Untuk membuat servis yang kuat dan menepati sasaran, tangan mesti diundur ke belakang dengan sudut yang lebih besar supaya dapat menghasilkan daya yang besar. Deltoid dalam konteks ini berperanan untuk pergerakan abduksi lengan tangan.

Kesemua otot ini mesti bekerjasama antara satu sama lain untuk menghasilkan suatu mekanisme yang membolehkan seorang pemain melakukan servis rendah dalam permainan badminton. Tindakan antagonis otot biseps dan triseps membolehkan lengan dibengkok untuk mengundur ke belakang. Seterusnya, tindakan antagonis otot biseps dan otot triseps menyebabkan lengan diluruskan dan dihala ke hadapan. Perubahan panjang otot ini akan menghasilkan daya yang kuat untuk membolehkan pemain badminton tersebut menghayunkan raket dan memukul bulu tangkis. Halaju yang besar pada bulu tangkis menyebabkan bulu tangkis tersebut melepasi jaring dan menyilang ke gelanggang lawan

Otot akan menguncup atau memendek apabila menerima rangsangan iaitu ditarik. Oleh kerana otot tidak boleh ditolak tetapi hanya boleh ditarik selepas penguncupan, otot mesti ditarik semula ke panjang asal melalui pengecutan otot lain. Oleh itu, otot mesti bertindak dalam pasangan antagonis. Ini bermaksud apabila satu otot mengecut, otot yang satu lagi akan mengendur. Apabila salah satu otot menarik tulang dalam arah tertentu, otot yang satu lagi akan menarik balik dalam arah yang bertentangannya. Manusia dapat bergerak kerana mempunyai otot yang boleh mengecut dan mengendur melalui kawalan sistem saraf. Untuk membolehkan gerakan berlaku, otot- otot mestilah wujud dalam pasangan antagonis.

Semasa otot biseps mengecut, tulang radius ditarik ke atas dan menyebabkan sendi siku membengkok untuk menaikkan lengan tangan. Pada masa yang sama, otot triseps mengendur. Pemendekan fiber otot menyebabkan tangan diundur ke belakang. Pada keadaan ini, pemain badminton bersedia untuk melakukan servis rendah. Semasa lengan tangan diluruskan, otot triseps mengecut manakala otot biseps mengendur. Ini menyebabkan pemanjangan otot dan tangan dihadap ke hadapan. Penguncupan otot ini dapat menghasilkan suatu daya yang tetap di sepanjang julat pergerakan. Pemain sekarang sedang menghayunkan raket ke depan dan memukul bulu tangkis melepasi jaring hingga ke gelanggang lawan. Satu servis berjaya dilakukan. Otot- otot dalam pasangan ini yang meluruskan lengan tangan dipanggil ekstensor dan yang membengkokkan tangan dipanggil fleksor. Dalam pergerakan lengan tangan, biseps bertindak sebagai fleksor manakala triseps pula bertindak sebagai ekstensor.

Memahami setiap prinsip pergerakan di atas akan membolehkan seseorang atlit mempamerkan persembahan yang terbaik dalam permainannya. Dengan mengkaji pergerakan-pergerakan ini, kecederaan dapat dielakkan sedikit sebanyak.

No comments: