Thursday, May 6, 2010

ANATOMI DAN FISIOLOGI

PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI

Anatomi merupakan satu bidang yang mengkaji dan mengenalpasti tubuh badan seseorang mengenai tulang, otot dan organ individu. Manakala fisiologi merupakan satu bidang yang mengkaji tentang fungsi setiap tulang, otot dan organ dalam tubuh badan. Dalam kajian anatomi dan fisiologi, terdapat pelbagai sistem yang terdapat dalam tubuh badan manusia. Antaranya ialah sistem rangka, sistem otot dan sistem sendi.
Dalam sistem rangka bilangan tulang dan fungsinya dikenal pasti. Setiap orang dewasa mempunyai 206 tulang dalam tubuh iaitu 80 rangka paksi (Axial skeleton) dan 126 rangka anggota (Appendicular skeleton) manakala bayi yang baru lahir mempunyai lebih daripada 300 tulang yang akan bercantum apabila bayi membesar. Tulang-tulang tersebut membentukkan rangka manusia.Jumlah berat sistem rangka seorang dewasa merupakan 14% daripada jumlah beratnya. Tulang dihasilkan daripada protein dan mineral atau kalsium dan fosforus. Tulang terdiri daripada 50% air dan 50% bahan pejal. 2/3 Daripada tulang adalah bahan organik seperti sel-sel tulang, serat dan bahan dasar termasuk glikoprotein glikosaminoglikin manakala 1/3 adalah bahan bukan organan dan garam mineral seperti kalsium karbonat dan kalsium fosfat. Kalsium dan fosfurus adalah bahan-bahan mineral yang membentuk struktur badan manusia dan gabungan kedua-dua bahan ini menjadi tulang keras dan tegap. Sistem ini adalah penting untuk tubuh badan manusia kerana sistem ini memberikan sokongan kepada tubuh badan manusia di mana tulang membentuk rangka tubuh badan bagi menyokong tisu-tisu lembut dan organ-organ tubuh. Selain itu, sistem ini juga memberikan perlindungan kepada manusia. Dengan adanya sistem ini, pergerakan dapat dihasilkan. Apabila otot yang melekat pada tulang berkontraksi, tulang-tulang akan bertindak sebagai tuas bagi menghasilkan pergerakan yang berpaksi pada sendi.

Sendi pula ialah tempat pertemuan antara tulang-tulang atau antara kartilej dengan tulang. Jenis-jenis sendi dibahagikan berdasarkan fungsi dan struktur. Dari segi fungsi, sendi terbahagi kepada tiga jenis iaitu sendi tidak boleh digerakkan (sinatrosis) seperti tengkorak, sendi yang boleh digerakkan sendikit (amfiartrosis) seperti vetebra atau tulang belakang dan sendi yang boleh bergerak bebas (diartrosis) seperti sendi lutut,sendi bahu.

Seterusnya, sistem otot juga memainkan peranan yang penting ketika kita mejalankan aktiviti sukan. 40% hingga 50% berat badan mnanusia terdiri daripada tisu otot. Lebih kurang 600 otot terdapat dalam tubuh manusia.Terdapat tiga jenis tisu otot dalam tubuh manusia iaitu tisu otot rangka, tisu otot licin dan tisu otot kardiak yang mempunyai ciri-ciri kebolehlajuan, kebolehkuncupan, kebolehpanjangan, dan kebolehanjalan.. Tisu-tisu otot ini berbeza daripada segi struktur sel, lokasi, fungsi dan bentuk kawalan yang boleh dikenakan ke atasnya. Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan dan pemanjangan otot. Otot juga menentukan magnitud pergerakan. Otot berfungsi menghasilkan haba untuk mengekalkan suhu badan normal.

No comments: