Friday, October 31, 2014

VOUCHER 1 MALAYSIA TIDAK MEMBANTU RAKYAT PEDALAMAN





5 julai 2014

Aku terpanggil untuk menulis lagi. Kali ini aku terus ambil laptop aku dan terus membukanya walaupun hati aku amat berat untuk menaip kerana cuaca di sini terlalu panas. Panasnya terlampau perit tapi panas lagi isu yang ingin aku tulis. Mungkin penulisan aku kali ini akan menyentuh beberapa sensitiviti.. tapi aku tidak lagi takut untuk bersuara dalam penulisan ku kerana penulisan ku adalah penglihatan ku, pendengaran ku, pengalamanku yang ku garap menjadi satu luahan dari hati yang perlukan penyudahan.

Voucher satu Malaysia RM250 amat menyeronokkan hati remaja-ramaja tatkala mereka memperolehnya dari pihak kerajaan. Voucher ini satu anugerah satu rezeki yang ditunggu-tunggu. Ramai juga remaja kita yang suka membaca tidak kiralah novel, alatan tulis, buku latihan dan sebagainya. Alangkah indahnya dunia tatkala voucher di tangan segala buku yang dihajati jadi kenyataan. Maka ramailah yang pergi ke kedai buku berhampiran, Popular, MPH, Book Store, dan sebagainya….

TAPI…………………………

Semua ini hanya dikecapi oleh mereka yang berkemampuan untuk membelanjakannya. Pernah seorang ibu datang berjumpa aku, mengeluh, katanya voucher tu bukan boleh ditukar kepada duit, lebih baik jadi duit. Kata-kata ibu itu tidak berhenti di situ, katanya lagi, “siapa nak bawak anak aku tu pergi ke kota untuk beli semua tu. Kos nak pergi sibu sahaja sudah banyak. Aku bukan pandai mahu tahu semua tu.”

Aku diam terpalit niat untuk membantu. “ibu jual saja lah pada saya voucher tu, nanti saya shoping barang di tempat saya bila saya pulang”. Ibu tadi gembira lalu berlalu dari rumah ku setelah membayar RM 50 kepada ku, harga dua buah buku yang dikirimkan kepada aku dahulu.

Pada sebelah malam aku terima msg.. rupanya aduan dari si anak.. “ saya sedih, saya mahu guna voucher tu tapi mereka (ibu bapa) tidak mahu beri saya ke pekan. Mereka kata  takda duit nak pergi mereka suruh saya bagi pada awak (penulis) sahaja voucher tu. Saya tak mahu, saya nak beli alatan dan buku dengan voucher saya bukan wang. Tetapi mereka marah, mereka suruh saya pergi sendir guna wang sendiri, mana saya ada duit. Saya sedih mereka tidak langsung beri sokongan kepada saya untuk belajar. Saya sedih.
Panjang giler msg aku dapat.

Aku pun balas “jangan sedih, esok aku beritahu ibu kamu yang sebetulnya”. Pendek je aku jawab tapi cukup untuk memberi kegembiraan kepadanya.
Aku termenung mengenangkan kehidupan di sini. Hendak keluar pun susah. Kesian budak itu. aku terfikir ini baru tempat aku, bagaimana dengan tempat yang lagi dalam? Adakah voucher itu hanya dipersiakan atau di jual? Banyak yang bermain di minda.
Kenapa mereka susah????

Setelah 57 tahun merdeka, setelah semua anak Malaysia melihat kemegahan KLCC tersergam gah di persada dunia,  di sini masih lagi tiada jalan perhubungan, penduduk kampung ,menggunakan perahu untuk ke pasar dan menggunakan bot ekspres untuk ke bandar besar yang memakan masa selama 2 jam. Di kawasan aku ini masih ade juga kawasan pedalaman yang mengambil masa selama 5 jam untuk sampai ke bandar, 3 jam perahu dan 2 jam bot ekspres. Bot ekspres hanya beroperasi dari pagi senhingga 4.30 ptg tetapi untuk pulang semula, bot terakhir ialah 2.30 petang. Bagaimana mereka ? sesudah sampai bandar terpaksa pula menginap di hotel. Bukankan wang lagi? Rata-rata ibu bapa di sini hanya kerja kampung. Mana lah mampu nak uruskan semua ini.. kerana tiada jalan barang keperluan asas di sini harganya sangat tinggi.. HARGA SATU TONG GAS RM200!!! Jadi cuba bayangkan keperluan yang lain.

Aku sendiri merasa bahana keperitan hidup di sini. Terdapat juga mereka yang tidak pernah lagi sampai ke kota. SUSAAAAHHHHH nak keluar! Sepanjang sungai kita boleh lihat hasil negeri yang berjuta-juta hanyut ditarik kapal untuk tujuan eksport (KAYU BALAK) tapi jalan dan kemudahan di negeri ini seperti susah untuk aku lihat..

Aku sendiri hanya akan ke kota jika hendak pulang ke semenanjung. Aku terpaksa bergerak ke airport. Aku tidak mahu keluar ke kota kerana wang akan habis seperti air dan akhirnya aku sendiri tak tau apa yang aku belanjakan.. tapi jika difikir secara tenang wang aku banyak habis untuk pengangkutan.

Ya Allah aku yang bekerja dan bergaji pon tak mahu keluar ke kota tanpa sebab yang mustahak inikan pula mereka. Adakah kerana voucher mereka akan mengeluarkan jumlah wang yang agak besar untuk keluar sedangkan peruntukan wang keluar ke kota itu sahaja mampu untuk mereka membeli keperluan asas mereka.

Di mana salahnya? Ini Cuma satu masalah tapi masalah ini bukan kecil kerana masalah ini datang dari akar umbi yang aku sendiri tidak tahu di mana silapnya. Ini realiti. Ini bukan retorik ini kejadian benar. Bukan mereka sahaja malah aku sendiri melihat dan merasa.
Tatkala remaja di semenanjung sebuk memikirkan apa yang hendak mereka shoping esok, remaja di tempat aku sebuk memikirkan bagaimana nak meminta wang kepada ibu bapa mereka agar tidak menyusahkan ibu bapa mereka. 


Malaysia Maju?? Tiada guna pembangunan jika tiada jalan perhubungan yang kondusif. Fikir-fikirkanla renung2kan lah,

Friday, May 2, 2014

Bodoh Sombong dan Bodoh Angkuh


Perhhh tajuk dah macam cite sang kangcil dengan sang belang ye dak. Hahahaha.
Ok back to the topik.. tajuk cite ni langsung tade kene mengene dengan binatang sebaliknya ade kene mengene dengan manusia yang kadang-kadang kurang bijak dari binatang… makkkkk aiiii ayattt hakhakhakhak baru nampak gempak dan sakit ati kan kehkehkeh.

Ok balik semula pada tajuk ni, bodoh sombong sesuai aku gunakan tok pompaan sebab die pompuan jadi lebih sesuai  dengan kecantikan dan kelembutannya dengan perkataan sumbing tu… ehh sumbing plak… sombongggggg…. Typg error tuhh aku malas nak backspace…

Bodoh Angkuh, wat masa ni belom ade lagi dalam kamus tatabahasa mahupun dwibahasa so jgn saman aku ekk.. aku tade doooit. So bodoh angkuh ni lebih sesuai untuk laki la.. sesuai dengan kejantanan dan kemachoan lelaki itu sendiri. Hehehe.

So aku nak cite sepanjang aku belajar selama 17 taun.. WAT??? 17 taun??? Lame kannnnn adoiii belaja bukan men lame tapi tak kaye2…

Ok selama aku belaja, aku belom jumpe lagi manusia yang betul2 bodoh sombong dan bodoh angkuh… yg aku jumpe sebelum ni belom sampai tahap ini lagi.. masih boleh diselamatkan.. tapi selepas 17 taun aku tamatkan pelajaran aku, akhirnya aku jumpe!!!!

Perhhhhh memag dasat lelaki yg bodo angkuh ni beb!!!!!! Gile angkuh, pastu macam berlagak terer je nak wat semua bende, macam tau semua, hahahaha agaknya baru tamat belajo, dah nak tunjuk power kot… orang len tak belajo gamoknyeeeee…..

Ok bagi yng bodo sombong pulak, pon sama tapi masih ade kelembutan perempuan.. so bagi aku pompaan bodo sombong ni normal sikit sebab pompaan ni memag selalu nak menang… nak dipandang… sometime pemikiran mereka macam ni “fine… wat ever lah” hehehe
aku anggap mereka ni lalat sebahagian dari kehidupan yang korang tak boleh nak halang kewujudan mereka…

 soooooo kalau korang hadapi orang macam nih, pertama sekali buat je tataw…. Tak payoh amik taw… lantok g mam#$*  depa… nanti last2 depa dtg terhegeh2 kat korang gak.. so wat tataw…kalau koran amik taw, t korang yg sakit ati… macam lagu spoon “skit ati, sakit sekali” hehe
Sooo life mesti fun… oyeahhhhh lets travel around the world n see other peoples from  other nation then we’ll see something new…………..


Thursday, April 24, 2014

Mainan Barat Dalam Didikan

AKU SEDIH DENGAN ZAMAN SEKARANG YANG LEBIH MENGAGUNGKAN KAEDAH DAN STRATEGI BARAT DALAM PELBAGAI URUSAN….

APA HEBATNYE SANGAT BARAT? HEBAT SANGATKAH SEHINGGA TERBENTUKNYA SATU KETAMADUNAN YANG DIANGGAP MAJU DAN LEBIH SEMPURNA DI MATA MEREKA?


INGAT! DI MATA MEREKA… TAPI DI MATA ISLAM KETAMADUNAN ITU TERMASUK ROHANIAH..

1. MENDIDIK MURID DENGAN KAEDAH BARAT?
 BIARKAN MURID BERCAKAP TENTANG SESUATU SENSITIVITI? SEDANGKAN SEBAGAI SEORANG ISLAM KITA DIAJAR UNTUK MENGHORMATI DAN MEMPUNYAI EMPATI…. TAPI SEKARANG “LET THEM TALK” ALASAN??? LEARNING….. SEMUA TU BBBBSSSSSSS…….
JADI TIDAK HAIRAN KENAPA MURID SEKARANG ATAU BUDAK  ZAMAN SEKARANG KURANG SEDIKIT AJARANNYA DALAM ERTI KATA LAIN KURANG AJAR..

2. JANGAN ROTAN ANAK. JANGAN ROTAN MURID JANGAN HUKUM MURID.
ADOIIIIII INI SEMUA BARAT NYER IDEOLOGI.. DALAM ISLAM BOLEH DIROTAN ANAK TU , TAPI BERSYARAT. TAKDE LA SAMPAI TAK BOLEH LANGSUNG!!

MAK BAPAK ZAMAN SEKARANG PON PELIK.. TAK BOLEH LANGSUNG NAK TEGUR ANAK, MALAH SEMAKIN TAKOT PADA ANAK. BUKAN ANAK DENGAR CAKAP BAPAK TAPI MAK BAPAK YANG DENGAR CAKAP ANAK-ANAK. HEBAT PERMAINAN BARAT TANPA DISEDARI.

AKU MENULIS SEKADAR SUKE, TATKALA MATA TEPAT MERENUNG KE LUAR JENDELA, TATKALA MINDA BERPUTAR DENGAN IZINNYA…


Saturday, February 1, 2014

sajak: ANGKARA

Dia yang berdosa Aku yang bersalah
Dia lemas dalam kehidupan,
Aku bersalah dalam tindakan
Aku dihukum oleh dunia
Keadilan manusia tidak sehebat karma Ilahi
Kemusnahan hanya seketika
Kesengsaraan memakan masa
Arakian kita mentafsir fenomena tingkahnya si bernyawa




Tuesday, January 21, 2014

PENSYARAH SETAN

12.01.2014
salam semua pembaca blog sekalian.. aku tau lama aku tak update blog ni.. keje kat kawasan pedalaman agak sukar untuk aku update blog aku walaupun banyak bahan yg nak aku kongsikan..
hari ini aku tetibe dapat ilham ingin menceritakan satu kisah mengenai PENSAYARAH SETAN… mungkin tajuk ini agak melampau tetapi apa yg aku nak sampaikan ini sememangnya berkaitan dengan PESYARAH SETAN…
PENSYARAH SETAN ini mengajar di sebuah institusi. PESYARAH SETAN ni memang seorang yg kelihatan tegas tapi tak guna. Kisahnye bermula apabila seorang pelajar die mengalami masalah. Sebagai seorang pensyarah, dan sebagai seorang yg profesional, PESYARAH SETAN ini sepatutnya membantu pelajar die ni masa pelajar tu menghadapi masalah.
APA YG BERLAKU?
PESYARAH SETAN ini makin menjadi-jadi mencari kesalahan pelajarnya dari setiap sudut. Kalau boleh, PESYARAH SETAN ini nak buang student die dari institusi tersebut.
APA YG PENSYARAH SETAN BUAT?
PESYARAH SETAN ni, die korek kesalahan, tidak percaya pada pelajarnya dan bertindak berat sebelah.. apa yg menarik ialah pelajarnya itu baru kali pertama melakukan kesalahan dan sebelum ini tidak pernah melakukan sebarang masalah. PESYARAH SETAN ini langsung tak beri peluang kepada pelajar tersebut untuk menjelaskan situasi sebaliknya pelajar tersebut ditekan sehingga tertekan dan sepertinya pelajar itu terpaksa menanggung kesalahannya sepenuhnya.
SEBAGAI MANUSIA DAN PENDIDIK, PESYARAH SETAN ini perlu membantu bukan menekan lagi pelajarnya.. setiap manusia melakukan kesalahan Cuma nampak atau tidak, kantoi atau tidak. Aku yakin sebagai manusia, PESYARAH SETAN ini juga pernah melakukan kesilapan juga sama ada rohani ataupun secara fizikalnya.
Mungkin penulisan aku agak beremosi… ini kerana aku membayangkan situasi itu dan meletakkan diri aku sebagai mangsa. Aku juga seorang bekas pelajar yg nakal dan menimbulkan masalah juga kepada guru aku dulu hehehe tapi alhamdulillah aku boleh maju ke depan kerana guru aku BUKAN SEPERTI PESYARAH SETAN.
PESYARAH SETAN ini mungkin merasakan die seorang yg hebat dan kerana die seorg PESYARAH SETAN. Die lupe bila mati nanti semua berkain putih tanpa label siapakah die..
DASYAT LAGI??
PESYARAH SETAN ini menengking pelajar tersebut dan menghamburkan kata-kata makian kepada pelajar tersebut di hadapan semua orang sehinggakan pelajar itu berasa keciwe seperti tidak mahu meneruskan kehidupannya. MASYAALLAH bayangkanlah kalau anaknya yg jadi begitu tapi PESYARAH SETAN ini bahagia dengan tindakannya bahkan tidak berasa bersalah…
MENYEDIHKAN???
Pelajar yg terinaya dengan keadaan itu selepas dimalukan dan dijatuhkan maruahnya di khalayak ramai itu terpaksa hidup dengan kenangan itu. PESYARAH SETAN mungkin lupe kerana terlalu banyak pelajar yg menjadi mangsa makiannya.
PERTIMBANGKAN…
Selepas kejadian itu pelajar itu tidak melakukan sebarag masalah kerana pelajar itu sememangnya tidak bermasalah cuma manusia keliling yg mendatangkan masalah kepadanya. Sekrang pelajar itu menjadi kesayangan majikannya malah dihargai kerana hasil kerjanya power.
PESYARAH SETAN???
Bahagiakah setan itu?? Aku yg menulis ini menggelarnya setan korang yg membacanya pon memanggilnya setan… apa yg hebatnya menjadi PESYARAH SETAN?? Apa yg hebatnya tidak didoakan oleh pelajar sendiri??

NASIHAT
BUAT GURU DAN PENSYARAH
ANDA PENDIDIK BUKAN PENYIASAT, BUKAN PENGHUKUM, BUKAN PEMAKI, BUKAN PEMUSNAH TETAPI seorang PENDIDIK yg ingin MEMANUSIAKAN MANUSIA..
KEPADA MANGSA
MATANG dengan kenangan, bukan HIDUP dengan kenangan… semoga teruskan usaha,jangan putus asa.. buktikan SI SETAN hanya TIN KOSONG yg berbunyik bila menyampah org pergi meninggalkan tin itu..dan akhirnya menjadi sampah yg tidak dipedulikan….
HIDUP MESTI HEPI DERR CMON
Penulisan ini untuk Mangsa2 yg Bangun semula !!! yeah go fren go to achieve ur DREAM……


P/S suddenly teringin nak menulis lepas tengok drama PINTU LAIN KE SYURGA.. 

Saturday, November 16, 2013

How To Play PS 1 in Your PC ( Bahasa Malaysia)

1st step you must download an emulator ( pertama sekali kite mesti download emulator)
http://romhustler.net/emulators

click that site and choose playstation emulator. (klik website kat atas tu)

for PS1 I recomend PSX 1.13 ( PSX 1.13 disarankan untuk anda download)

download ur emulator and compressed it. (kemudian compressed file tu)

u can see it ( anda boleh lihat di sini)





then u got like this, click psxfin (klik gambar ps1 yg tulis psxfin)


then click file.( klik pada file)


click "insert cd image" then choose iso  (klik cd image dan pilih iso game yg anda mahu)

then u can play enjoyeeeeeeeeddd...

for download iso image u can visit this website (untuk dapatkan iso image boleh tengok kat website ni)

Thursday, October 3, 2013

Hidup Aku Di Sk Nanga Selibut, Song Serawak

makin lama aku di Selibut aku akhirnye boleh menyesuaikan diri dengan cara hidup di sini... 
tapi masyaallah panasnyeee umah aku dah macam kat sauna...

ini lah umah aku.. atas bukit beb.. so meme matahari panas membara r..

ini la kawasan sekolah hahahaha. semua papan.. kelas je darjah 1-6 ... kelas pra 1 pastu ade pusat sumber dan jugak asrama laki dan pompuan... murid dalam 70 lebih ...


ini la suasana dalam bilik guru kitaorg... hah yg baju merah tu senior... cikgu senior r 5 taun dah die kat selibut.

ini la bot ekspress yg aku selalu dok nek klu nak g sibu.. lau g sibu selalunye pay day je r... tap sekarg aku tanak kua dah sebabnye bis duit melampau-lampau, bek aku simpan leh jalan-jalan tempat len lak.


walau macam mane pun aku telah isi EG-Tukar... sistem pertukaran guru., tak sampai 3 bulan aku mintak pindah balik semenanjung.. nampak hepi idup aku kat sini but in reality ... only Allah knows....

aku berharap aku terpilih untuk kembali pulang ke negeri aku.. aku rindu mak bapak aku.. kak suria aku.. tapi kalau tak dapat aku takan putus asa tiap2 taun aku isik..